Friday, July 11, 2008

Hijrahku part 2

Hari pertama kami ke yansab....mata masih mengantuk. Cuaca panas walaupun baru pukul 8:00 pagi.Perjalan lebih kurang kurang 30 minit. Tak de jem...jalan banyak yang lurus,kiri kanan banyak lagi bangunan yang masih belum siap. Ade jambatan dan sungai..tapi tak de air, kekadang nampak jugak unta 2 3 ekor, Kereta orang Arab toksah cite...kebanyakkannya kereta mewah, stesen minyak brand macam-macam...banyak pulak tu. Diorang punye security ramai Arabian...difahamkan gaji diorang besar, sebab tu panas terikpun budak-budak muda sanggup kerja security. Kami bertemu dengan ramai Malaysian termasuk ex Titan. Omir ngan YBM pun ade. Hati rasa gembira walaupun panas...berdebu...berangin...Kawalan keselamatan ke Yansab plant memang ketat.
Lepas sain kontrak...kitorang makan, makanan semua western punye jenis...makan free.
Lepastu balik hotel...
Hari kedua buat medical checkup kat hospital Al Ansari...hospital swasta. Ramai pekerja Filipina kat sini. Dr yang ambik darah kitorang pade mulanye pun cakap Filipina kat kitorang, dia ingat kiteni Filipinos. Lepas lebih kurang 3 jam...balik ke Yansab untuk amik advance. Lega...
Hari ketiga kitorang dah ber pindah ke RC di Radwa 8, Banglo 2 tingkat. Aku sebilik lagi ngan Si Stim. La...dah cam kembo pulak aku rase. Kalau nak tau detail pasal banglo ni...lawatlah blog skthegreat (blog skrol),alamak promosilah pulak, tak pe-tak pe janji aku dapat pinjam lab top die. Aku kerumah Jaafar...Housemate dia Nahar ngan Razak. Aku,Para-para ngan che' Din Uda naik kereta Nahar, layanan istimewa telah diberikan...dapatlah aku rasa kurma segar, kuih Arab dan lepastu makan tengahari kari Unta. Chef Jaafar yang masak...waduh inilah kali pertama aku makan kari unta. Peh...power dol...stim...Time kasih daun keladi.
Petangnye Lobo bawak kitorang ke pekan Yanbu...shopping sikit. Ramai bangsa asing kat sini, dah macam bukan kat Arab. Amat sto beli handphone Nokia, penjualnye warga Bangladesh. Berborak-borak dan aku pun rasa bangga bila dia cakap 'Malaysia good' dan banyak kali gak buat aku bangga bila pak Arab menunjukkan rasa respek bila kata kitorang ni Malaysian. Alhamdulillah...Malamnye kitorang pekene nasi baryani bukhari...sedap...nasi sedap ayamnye lembut. Kalau Syiir bagi markah tentu dapat 'bintang penuh'. Lobo yang rekemen...time kasih banyak kepade Lobo.

Wednesday, July 9, 2008

Hijrahku


Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kehadrat Illahi,kerana dengan izinNye akhirnye aku dapat menjejakkan kakiku dibumi Arab Saudi. Tarikh 7/7/2008 menjadi sejarah dalam hidup aku kerana dapat menempuhi pengalaman baru dalam kehidupan yang sementara ini. Maka genaplah sebulan penantian aku untuk ke bumi para anbia', kerana secara kebetulan tarikh aku ditemuduga adalah pada 7/11/2007.
Terima kasih kepada teman-teman yang meluangkan masa menjenguk aku di Airport Senai. Bertolak dari rumah jam 6:25 pagi bersama dalingku, heroku dan keluarga terdekat aku. Hampir aku terperangkap dengan traffic jam kat Johor Jaya, kalau tak tentu aku akan naik kete sampai KLIA. Selamat...Alhamdulillah.
Semuanye boleh control kecuali kedua ibu dan bapaku, dan tak tertinggal amat stolah. Banjir Airport Senai di buatnye. Piiiirah...
Berlepas tepat jam 8:40 pagi. Aku dapat seat tepi tingkap (favourite aku tu). Sebelah aku Sto ngan Skrol. Oklah tu 3 orang dah kenal...Si Sto tak berenti bercakap...asyik-asyik cakap 'Stimla dol' aje, almaklumlah first time kot. Skrol control macho. Sampai KLIA jam 9:25 pagi. Tunggu next flight ke Jeddah Pukul 3:30 petang. Punyelah lama kitorang ngeteh dulu kat Mc D. Si fikir campur menyerahkan pasport dan dokumen (berbudi bahasa pulak bila face to face), walaubagaimanapun aku mintak maaf gak zahir dan batin pade Pn Senah tu.

Gambo ni lak kat ruang udara Arab

Jam 3:30 petang, dapat lagi seat tepi tingkap. Dan ntah camne si sto duduk sebelah aku lagi. Apela nasib stim...stim...Skrol tak tau kat mane. Flight sejauh lebih 8000km, lebih kurang 8jam, ketinggian average lebih 11000m dari aras laut dan dengan kelajuan maksima hampir 1000km/h. Aduh...penat gile...Susah nak tidur. Flight smooth, cuma kadang-kadang bergoyang gak kapal terbang, pasal awan ujan banyak...bila tiba lepas India..., baru clear awan pun kurang.

Tepat jam 6:25 petang kitorang mendarat di Airport Jeddah. Kena naik kenderaan cam bas la untuk ke tempat pemeriksaan pasport. Kat sini aku terpaksa menunggu lebih lama daripada teman-teman aku yang lain, tak tau sebab ape...masih jadi tande tanye. Mungkin ini "bahagian" aku. Mase ni teringat fikir campur...betul jugak blogger sebelum ni kate...fikir campur ni lembab sebab nak train kitorang supaya banyak sabar. Itulah hikmahnye.


Selepas hampir setengah jam baru diorang release pasport aku. Teman-teman lain dah sedia menunggu. Jam 11:30 malam barulah kitorang bertolak ke Hotel Danat menaiki coaster bersama 13 lagi teman. Perjalanan mengambil mase 4 jam untuk sampai ke hotel...seksa,sabar...Singgah kat kedai jual makanan, Aku beli air mineral dengan...tak ingat ape name tapi cam kebablah, 5SAR. Oklah tu. Pandai pulak peniagatu (mungkin kuli jek) cakap melayu. Sepanjang perjalanan tak nampak ape sangat, pasal gelap. Yang pasti kat Jeddah ni banyak fun fair dengan stesen minyak. Dan lebih kurang jam 3:30 pagi baru sampai di Danat Hotel. Sebilik ngan Sto lagi...bilik lagi satu Skrol ngan Para-para. Tingkat 2 bilik nombor 121, ade 2 bilik. Boring-boring...asyik-asyik ngan stim ni je.
Penat sangat, lepas Isya' terus tidur...esok nak kena daftar diri kat Yansab.

Friday, July 4, 2008

Warkah buat teman



Alhamdulillah penantian aku selama lebih 7 bulan berakhir hari ini. Siang tadi 'fikir campur' memaklumkan details flight ticket to Arab Saudi. Maka Insya Allah aku akan menamatkan 'pengangguranku' tak lama lagi.

Buat warga Titan Chemicals Sdn Bhd aku ucapkan selamat maju jaya mengharungi kerjaya di Titan. Kepada teman-teman diTPE 1 operation dan bagging...aku mintak maaf zahir dan batin (cam raya pulak),halalkan segala makan, minum, rokok atau lain-lain...dan kalau ade tersalah kate terlanjur bicara yang menyakitkan hati...mohon dimaafkan. Aku tujukan terutama kepada yang tak sempat jumpa pada hari terakhir aku bekerja 23hb Jun yang lepas. Kepada yang sempat jumpa terima kasih atas ingatan dan pesanan...(paling aku ingat masa salaman...salah seorang ex sifu aku cakap' semoga menjadi insan yang lebih bertakwa'). Insya Allah...


Imbas kembali... selama 10 tahun aku bekerja kat TPE 1 ni...banyak pengalaman bekerja aku perolehi. Hari pertama aku mendaftarkan diri pada 18hb Mei 1998...bersama 3 orang lagi teman iaitu Amat sto, Beejan dan Roy. Dan sifu pertama kitorang adelah Mr Yow b s. Berguru lebih kurang 3 bulan..baru di serap ke dalam shift group. Aku masuk group D, Amat gi group C, Beejan gi group B dan Roy gi group A. Mase tu Sadesh adalah Supt.(dah blah dah) group D, Hashim adalah Assistant (Trainer dah sekarang), yang lain mase tu Tech tapi sekarang dah lain... Abuya (Sen. Asst. Supt ), Chong (Lead tech), Pak man (Pun dah blah), Pawi (Supt. dah), Zul9 (Lead Tech) dan Bob (bakal...op Lead Tech lah) dan Mike (dah blah gak). Garang-garang semuanye terutama Abuyalah...jangan mare. Teruk aku kena lanyak masetu, maklumlah aku sorang je budak baru ...yang lain paling barupun dah 5 tahun bekerja. Tu belum cite scoop gunung salji kat level 3. Tapi hikmahnye tahan lasaklah sikit kitorang ni.



Dan sekarang senior-senior akupun dah berumur, plantpun dah 'smooth', sekarang diorang sedang 'menuai' hasil susah payah dan penat jerih bekerja dahulu. Kepada semua senior yang menjadi sifu aku selama ini...aku ucapkan ribuan terima kasih atas segalanye. Kepada teman-teman yang baru...satu je pesan aku...kalau nak cepat pandai jangan ikut 'budaya' senior sekarang ni. La ni diorang sedang 'menuai' jangan kacau. Selamat tinggal teman-temanku, Titan, Masai, Pasir Gudang dan semuanye...Doakan semoga hijrahku ini beroleh keberkatan dan kerahmatan daripada Nya. Insya Allah.

Friday, June 13, 2008

Makan ubat


Cite sikit pasal makan ubat. Sebenarnye makan ubat memang susah terutama kanak-kanak. Walaupun sesetengahnye ade suka ubat, tapi kebanyakannye memang tak suka ubat. Jangan tak percaya, memang ade suka ubat. Contoh paling dekat , anak sulung aku tu... suka makan ubat, kadang-kadang tu mintak ubat. Senang sikitlah kalau dia sakit, dia sendiri ade inesiatif untuk mintak ubat, biar cepat baik kata dia.

Yang bongsu...terbalik pulak, paling tak suka makan ubat. Kalau dia demam, aku ngan daling aku siap balut badan dia ngan tuala, macam 'bedong' bayi, melalaklah dia...Orang ingat mesti aku dera anak, tapi masalah kalau tak buat gitu dia tak makan ubat tu. Maka tak redalah suhu badan. Kan bahaya...


1. Kalau kite tenguk kat botol ubat tu ade tulis makan ubat sebelum atau selepas makan. Korang tahu tak apasal?...tak tahu nape tak tanye doktor. Oklah. Kenapa bila time kita sakit, hendak amik ubat, di pelekat ubat tu selalu tulis '1 biji SELEPAS makan' dan kadang2 dia tulis '1 biji SEBELUM makan'...... apa beza kene amik SEBELUM @ SELEPAS?

Sebab... di dalam perut kita ni ada asid, asid hidroklorik, HCl, kalau time kita lapar (perut kosong) tahap keasidan di dalam perut adalah tinggi.. tu sebab selalu pedih perut kalau perut kosong... bila di suruh amik ubat SEBELUM makan, itu maksudnya ubat tersebut larut di dalam asid, bukan di dalam air.. begitu lah juga sebaliknya.. kalau ubat kene amik SELEPAS makan maksudnya ubat tu hanya larut di dlm air.. so ikut lah peraturan mkn ubt yg betul..

2. Pasal ubat lagi, kenapa makan ubat kene ngan air putih (air masak).. tak leh teh ke, kopi ke, susu ke atau lain-lain?


Sebab...
susu -- susu mengandungi kalsium, kalsium akan melambatkan penyerapan ubat.
teh, kopi -- minuman ni mengandungi kafein yg akan menghalang penyerapan ubat degan lebih efektif.
jus --- jus mengandungi serat yang fungsi dia pun sama macam di atas.


3. Orang tua-tua selalu pesan, makan nasi jagan berulam kan air, tak baik... tapi bila ditanya kenapa tak baik?... diorang pun tak leh bagi tau apa yang tak baiknya...

Sebab...menurut sains perubatan, bila makan berulamkan air, air akan menyebabkan tahap keasidan di dalam perut menjadi cair sekali gus mengurangkan tahap kecekapan perut kita untuk mencerna makanan, bila makanan yg tak dicerna sepenuhnya, ia akan menghasilkan gas, dalam bahasa kampungnya.. akan menyebabkan perut kembung...dan makanan yang tak dicerna dengan sempurna tentulah zat-zatnya tidak dapat di salurkan kepada tubuh kita...

Info ni aku perolehi dari Hamba Allah diluar sane. Terima kasih kepadanye, tak salah rasanye maklumat berguna ini disebarluaskan. Semoga bermanafaat. Kalau masih ragu-ragu tanyelah doktor.

Wednesday, June 11, 2008

Memberi salam


Aku ingin berkongsi sedikit ilmu untuk di kongsi bersama tentang memberi salam. Memandangkan ianye amat meluas digunakan sama ade secara lisan,email,sms ataupun surat menyurat. Info ni aku dapat dari email yang aku terima dari seorang Hamba Allah. Aku modified sikit. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Pagi semlm dengar radio Ikim (106.20 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w."


Antaranya tentang bab memberi salam.:

1) Rasulullah saw memberi salam dgn lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh.

Beri salam - Assalamualaikum"
Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh

2) Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata:
"Kirim salam Assalamualaikum pada Man ye" contoh nye..
Bukannya : "Kirim salam kat Man ye"
Dan bukannya : "Kirim salam maut kat Man ye" . Ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!


3) Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa-apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

Untuk pengetahuan, perkataan 'AKUM' adalah gelaran oleh orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi, yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Kalau ada kemuskilan berjumpalah dan tanyelah kepada yg pakar dlm bidang ni....

YA ALLAH JAUHKAN KAMI SEMUA DARI FITNAH DAJJAL
SEMOGA SAMA2 KITA DAPAT KESEDARAN INSYA-ALLAH

Monday, June 9, 2008

Pulang balik tangan...

Kat bawah ni aku lampirkan satu cerita yang aku nak kongsi bersama-sama kekawan diluar sana. Di tuju khas kepada yang sudah mempunyai anak dan yang akan menimang anak. Kepada yang belum dapat anak bersabarlah dan yang masih bujang, jadikanlah cite kat bawah ni sebagai tauladan. Bace ye jangan tak baca…



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”


Tajuk: Abah bagi balik tangan Ita...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota
besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat
kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"



Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. ..
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !"

"Saya tak tahu Tuan..! "

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata
"Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.



Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.


Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.
Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.


Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.


Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik.
Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.


Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah.


Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.
Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."
katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis....

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji
tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana?
Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram.....lepaskan marah anda

Sabar



Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak pernah mengenal putus asa. Contohnya, sabar menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam dan sabar ketika menghadapi kesakitan dan berusaha mengubatinya.



Tahap kesabaran yang perlu diamalkan oleh umat Islam ialah:
i) Kesabaran dalam perjuangan seperti ketika berperang menghadapi musuh atau berjuang menjalankan dakwah Islam kepada orang ramai atau kesabaran sewaktu menuntut ilmu pengetahuan.


ii) Kesabaran menanggung musibah atau ujian penderitaan seperti Allah memberi ujian kesakitan dalam diri manusia.


iii) Kesabaran ketika ditimpa kemiskinan dalam kehidupan seperti pendapatan yang semakin berkurangan, tanggungan yang semakin ramai dan harta benda hilang dicuri orang.


iv) Kesabaran ketika Allah memberi kesenangan supaya berwaspada menggunakan kesenangan yang ada untuk dibelanjakan pada jalan yang diredai Allah.


v) Kesabaran ketika menunaikan ibadat yang diwajibkan seperti berpuasa dalam bulan Ramadan dan kesabaran meninggalkan segala amalan yang diharamkan oleh Allah seperti memfitnah dan mengumpat orang lain.




Sikap orang beriman ketika menerima ujian
Allah SWT ialah:

i) Tidak mudah berputus asa dan kecewa kerana dia menginsafi bahawa semua yang berlaku adalah daripada ketentuan Allah.



ii) Tabah menghadapi ujian Allah dengan reda dan lapang dada.


iii) Mereka sentiasa sabar menyelesaikan sesuatu masalah biarpun cara penyelesaiannya
memakan masa yang panjang.





Sikap orang yang tidak beriman ketika menerima
ujian Allah SWT ialah
:
i) Mereka akan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam ketika menyelesaikan ujian daripada Allah.



ii) Mereka cepat berputus asa dan kecewa ke atas takdir dan ketentuan Allah yang diberikan kepada mereka.


iii) Mereka terus menyalahkan takdir Allah SWT tanpa bermuhasabah ke atas perbuatan yang pernah dilakukan pada masa lalu.


Allah menurunkan pelbagai ujian kepada manusia disebabkan:
i) Bagi menentukan golongan yang benarbenar ikhlas beriman kepada Allah dan bagi memastikan golongan yang purapura beriman kepada Allah.


ii) Sebagai membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah di dalam mencipta alam ini.

Nota: Gambar-gambar di atas hanya hiasan

Wednesday, June 4, 2008

Apo nak di kato...


Tarikh penerbangan di tangguhkan....



Bengang...Geram...



Kecewa...







Tunggu lagi da...

Tuesday, May 27, 2008

Akhirnya...


Alhamdulillah....Akhirnye berakhir satu penantian yang amat panjang (lebih kurang 6 bulantu, menunggu). Petang semalam mase awan gelap nak ujan (memang dah lame tak ujan kat masai ni,ujan rahmat kot), hari Isnin bersamaan 26hb May 2008 (alamak Pay daylah) aku dapat sms dari Think Plus menyatakan visa dan tiket dah ready. Itupun si budak otak 'bergeliga' call aku (sto lah...), mula-mula aku ingat dia nak tanye aku nak souvenir ape... almaklumlah dia tengah vacation kat 'tanah tinggi', aku dah ready nak order yang ngarut2, rupa-rupanye nak bagi tau dia dah nak berangkat lagi seminggu, mase tu aku baru je bangun tido lebih kurang pukul 1:30 petang dan tengah siap2 nak masuk keje kul 3:00 petang. Aku bukak sms, sah! memang ade... lebih kurang lagi seminggu nak berangkat, mak oi! cepat sangat pulaknih...ini mesti Si Senah Think Plus tu nak revenge...(agakje), tak profesional langsung.
Malam tadi balik keje, kitorang ngeteh, Labu, Skrol, Roy, Brother Luv, Jendek ngan budak practical kalau tak silap Fahmi nama dia...result! proceed jek 2hb nih.


Satu minggu yang lepasni... memang aku rasa pelik gak, aku jadi rajin pulak nak bersihkan halaman rumah aku yang rumputnye dah mula meninggi. Rupa-rupanye ade berita dari Think Plus. Pokok jambu kat depan rumah tu pun dah berbuah. Sedih pulak, rumah baru beli tapi tak dapat duduk. Yelah kalau aku tak bersihkan,agaknye bila balik sini dah tak nampak pintu rumah.
Perasaan sekarang... tak tau nak describe, gembira aku rasa tak jugak...sedih pun tak jugak...cuma rasa berdebo sikit dan kepala banyak fikir bende banyak nak setel dalam mase seminggu ni.
Daling aku on ajek...alhamdulillah thank you daling!.
Aku, Labu, Skrol ngan Sto berangkat ni tentu banyak ot kat tempat keje nih. Boboy dah boleh start kira2 semula berapa jam nak ot, ade jugak aku tengok mula risau pasal mungkin terpaksa kena ot (Mat Overlah tu), almaklumlah ade income lain...

Mintak2 bos-bos (Snr Mgr,Mgr ngan Area Sup.) tak nak jumpa aku lagi, pasal itu ari lepas aku anta 'surat' diorang pujuk dan mintak aku tarik balik,...la ni aku rasa serba salah pulak terutama pade 'bulu hidung terkeluartu', kesian pun ade, serba salah pun ade, sebab aku rasa nak cabut jek. Nilah kelemahan aku. Pening gak kepala nih...Arghhh...pedulikan. Bermulakah suatu pengalaman baru dalam hidup aku? Nak berhijrahkah aku ni?...

Monday, May 12, 2008

Hari Ibu


KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu.
Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan apatah lagi menderhakai ibu. Di bawah ini , kisah seorang lelaki namenye Adi ingin berkongsi pengalaman hidupnye.
Nampak tulisan agak panjang, tapi bacalah kejap kay. Semoga yang baik jadi teladan yang tak baik jadi sempadan.


Begini kisah Adi:

‘‘Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!”

“Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.
“Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas, malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.

“Bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibu tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung.
“Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab ke atas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir dengan rumah ibu untuk menjaganya.


“Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar, manakala saya merupakan anak kampung sejati.
“Seperti biasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentu mengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekok dengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan.
“Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut saya tinggal di kampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serba moden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.
“Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepas dua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji, sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknya hanya 200 meter sahaja dari rumah ibu.

“Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, saya tidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancangan asal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetap keseorangan.
“Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sana alasannya, rumah nenek kotor dan berbau. Maklumlah rumah kampung.
“Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibu saya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanya khabar.
“Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidak bersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macam lagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggang dari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memang jika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasan sudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.


“Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakit jantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhan di sekolah, yang perempuan pula sangat lembam dalam pelajaran. Anak-anak yang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidak ada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wang ringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.
“Kebanyakan masa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantar anak-anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehingga saya tidak ada masa untuk ibu sendiri.
“Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwah bapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwah bapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malam berturut-turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjadi takut.
“Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Serta merta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangis semahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikan tanggungjawab sebagai anak.
“Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allah kepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalah kepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidak menjaga ibu?
“Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampun daripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat.



“Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Saya jelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteri dan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Saya katakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yang mengabai dan menghina ibu saya.
“Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama pada malam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya, isteri dan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segala hal.

“Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutin harian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokong tindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutama kesihatannya.
“Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkan seorang diri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah. “Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulan rumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelas mengaji untuk orang-orang tua. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibu untuk dibawa pulang.
“Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti saya menghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktu kerja pada masa lalu.
“Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak boleh buat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dan sayu apabila teringatkan apa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.
“Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini.

“Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkan dosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati saya untuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Kini saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu. Alhamdulillah...’’ begitu Adi menutup kisahnya. .


Ini kisah keluhuran budi seorang anak yang mengaku akan dosa dan kesilapannya terhadap ibu tersayang.
Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa mereka cepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu.
Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibu bapa. Hargailah mereka.

Untuk pengetahuan Hari Ibu adalah dipercayai satu perayaan orang Greece kuno yang menyambut kelahiran 'Ibu Kepada Tuhan' mereka. So...tak payahlah sambut Hari Ibu.

Rilek jap


Sebenonye aku tak tau nak update ape kat blog aku nih, tapi kekawan asyik tanyeje, jadik aku try gaklah. Kite tinggalkan jap hal-hal semasa, kekawan atau sesiapa diluar sana boleh try ape yang aku lampirkan kat bawah ni...tengok dan nilaikan diri sendiri. Adakah sehebat Albert Einstein?...Kah!Kah!Kah! Tapi kekawan mesti ingat, kalau banyak kali mencuba, cubaan pertama jek yang betul. Kalau tak ok, faham-faham je le...
Selamat mencuba....



A} Stretch your brain


i- Read out loud the text inside the triangle below.





Sorry, look again. More than likely you said, 'A bird in the bush,'!
and. .......if this IS what YOU said, then you failed to see that the word THE is repeated twice!




Next, let's play with some words.

ii- What do you see?




In black you can read the word GOOD, in white the word EVIL (inside each black letter is a white letter). It's all very physiological too, because it visualize the concept that good can't exist without evil (or the absence of good is evil).



iii- Now, what do you see?






You may not see it at first, but the white spaces read the word optical, the blue landscape reads the word illusion. Look again! Can you see why this painting is called an optical illusion?
What do you see here?



iv- This one is quite tricky!

The word TEACH reflects as LEARN.





v- Last one.What do you see?





You probably read the word ME in brown, but....... when you look through ME you will see YOU!
Do you need to look again?








B) Test Your Brain
>ALZHEIMERS' EYE TEST


Count every ' F ' in the following text:


"FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS
OF
SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE
OF YEARS..."


How many???... Wrong!!! There are 6...no joke.

READ IT AGAIN !

Really, go Back and Try to find the 6 F's before you scroll down.

Anyone who counts all 6 'F's' on the first go is a genius.

3 is normal. 4 is quite rare.




The reasoning behind is further down.

The brain cannot process 'OF'.

Incredible or what? Go back and look again!!

So...amacam percaya tak? Walau bagaimanapun jangan pening-peningkan kepala otak kita. Anggaplah ini sekadar permainan. Jangan frust.