Friday, June 13, 2008

Makan ubat


Cite sikit pasal makan ubat. Sebenarnye makan ubat memang susah terutama kanak-kanak. Walaupun sesetengahnye ade suka ubat, tapi kebanyakannye memang tak suka ubat. Jangan tak percaya, memang ade suka ubat. Contoh paling dekat , anak sulung aku tu... suka makan ubat, kadang-kadang tu mintak ubat. Senang sikitlah kalau dia sakit, dia sendiri ade inesiatif untuk mintak ubat, biar cepat baik kata dia.

Yang bongsu...terbalik pulak, paling tak suka makan ubat. Kalau dia demam, aku ngan daling aku siap balut badan dia ngan tuala, macam 'bedong' bayi, melalaklah dia...Orang ingat mesti aku dera anak, tapi masalah kalau tak buat gitu dia tak makan ubat tu. Maka tak redalah suhu badan. Kan bahaya...


1. Kalau kite tenguk kat botol ubat tu ade tulis makan ubat sebelum atau selepas makan. Korang tahu tak apasal?...tak tahu nape tak tanye doktor. Oklah. Kenapa bila time kita sakit, hendak amik ubat, di pelekat ubat tu selalu tulis '1 biji SELEPAS makan' dan kadang2 dia tulis '1 biji SEBELUM makan'...... apa beza kene amik SEBELUM @ SELEPAS?

Sebab... di dalam perut kita ni ada asid, asid hidroklorik, HCl, kalau time kita lapar (perut kosong) tahap keasidan di dalam perut adalah tinggi.. tu sebab selalu pedih perut kalau perut kosong... bila di suruh amik ubat SEBELUM makan, itu maksudnya ubat tersebut larut di dalam asid, bukan di dalam air.. begitu lah juga sebaliknya.. kalau ubat kene amik SELEPAS makan maksudnya ubat tu hanya larut di dlm air.. so ikut lah peraturan mkn ubt yg betul..

2. Pasal ubat lagi, kenapa makan ubat kene ngan air putih (air masak).. tak leh teh ke, kopi ke, susu ke atau lain-lain?


Sebab...
susu -- susu mengandungi kalsium, kalsium akan melambatkan penyerapan ubat.
teh, kopi -- minuman ni mengandungi kafein yg akan menghalang penyerapan ubat degan lebih efektif.
jus --- jus mengandungi serat yang fungsi dia pun sama macam di atas.


3. Orang tua-tua selalu pesan, makan nasi jagan berulam kan air, tak baik... tapi bila ditanya kenapa tak baik?... diorang pun tak leh bagi tau apa yang tak baiknya...

Sebab...menurut sains perubatan, bila makan berulamkan air, air akan menyebabkan tahap keasidan di dalam perut menjadi cair sekali gus mengurangkan tahap kecekapan perut kita untuk mencerna makanan, bila makanan yg tak dicerna sepenuhnya, ia akan menghasilkan gas, dalam bahasa kampungnya.. akan menyebabkan perut kembung...dan makanan yang tak dicerna dengan sempurna tentulah zat-zatnya tidak dapat di salurkan kepada tubuh kita...

Info ni aku perolehi dari Hamba Allah diluar sane. Terima kasih kepadanye, tak salah rasanye maklumat berguna ini disebarluaskan. Semoga bermanafaat. Kalau masih ragu-ragu tanyelah doktor.

2 comments:

leman said...

Salam... Tuan Dr,kalau sakit air naik kepala macam mana nak ubat ye?? Kat arab ni, ramai yang dah kena sakit tangki air ' overpressure'....

It is good info for everyone. Tapi kalau makan nasi beryani dengan minum pepsi mcm mana eekk!! kat sini rasa haus semacam sikit... kalau nampak pepsi tu mcm sedap jee.. Kat Malaysia, aku tak minum pepsi tapi kat sini minum balik laak... lepas ni tak nak minum pepsi lagi laa!!

limboz said...

Ni dengo baik2 aaa...doktor x nak ulang cakap 2 kali tau...Nak mengatasi tangki air 'overpressure' sonang yo, kurangkan minum susu unta...ingat tu kurangkan minum susu unta.
Dah ...bayor sar50 for consultation fee.