Friday, June 13, 2008

Makan ubat


Cite sikit pasal makan ubat. Sebenarnye makan ubat memang susah terutama kanak-kanak. Walaupun sesetengahnye ade suka ubat, tapi kebanyakannye memang tak suka ubat. Jangan tak percaya, memang ade suka ubat. Contoh paling dekat , anak sulung aku tu... suka makan ubat, kadang-kadang tu mintak ubat. Senang sikitlah kalau dia sakit, dia sendiri ade inesiatif untuk mintak ubat, biar cepat baik kata dia.

Yang bongsu...terbalik pulak, paling tak suka makan ubat. Kalau dia demam, aku ngan daling aku siap balut badan dia ngan tuala, macam 'bedong' bayi, melalaklah dia...Orang ingat mesti aku dera anak, tapi masalah kalau tak buat gitu dia tak makan ubat tu. Maka tak redalah suhu badan. Kan bahaya...


1. Kalau kite tenguk kat botol ubat tu ade tulis makan ubat sebelum atau selepas makan. Korang tahu tak apasal?...tak tahu nape tak tanye doktor. Oklah. Kenapa bila time kita sakit, hendak amik ubat, di pelekat ubat tu selalu tulis '1 biji SELEPAS makan' dan kadang2 dia tulis '1 biji SEBELUM makan'...... apa beza kene amik SEBELUM @ SELEPAS?

Sebab... di dalam perut kita ni ada asid, asid hidroklorik, HCl, kalau time kita lapar (perut kosong) tahap keasidan di dalam perut adalah tinggi.. tu sebab selalu pedih perut kalau perut kosong... bila di suruh amik ubat SEBELUM makan, itu maksudnya ubat tersebut larut di dalam asid, bukan di dalam air.. begitu lah juga sebaliknya.. kalau ubat kene amik SELEPAS makan maksudnya ubat tu hanya larut di dlm air.. so ikut lah peraturan mkn ubt yg betul..

2. Pasal ubat lagi, kenapa makan ubat kene ngan air putih (air masak).. tak leh teh ke, kopi ke, susu ke atau lain-lain?


Sebab...
susu -- susu mengandungi kalsium, kalsium akan melambatkan penyerapan ubat.
teh, kopi -- minuman ni mengandungi kafein yg akan menghalang penyerapan ubat degan lebih efektif.
jus --- jus mengandungi serat yang fungsi dia pun sama macam di atas.


3. Orang tua-tua selalu pesan, makan nasi jagan berulam kan air, tak baik... tapi bila ditanya kenapa tak baik?... diorang pun tak leh bagi tau apa yang tak baiknya...

Sebab...menurut sains perubatan, bila makan berulamkan air, air akan menyebabkan tahap keasidan di dalam perut menjadi cair sekali gus mengurangkan tahap kecekapan perut kita untuk mencerna makanan, bila makanan yg tak dicerna sepenuhnya, ia akan menghasilkan gas, dalam bahasa kampungnya.. akan menyebabkan perut kembung...dan makanan yang tak dicerna dengan sempurna tentulah zat-zatnya tidak dapat di salurkan kepada tubuh kita...

Info ni aku perolehi dari Hamba Allah diluar sane. Terima kasih kepadanye, tak salah rasanye maklumat berguna ini disebarluaskan. Semoga bermanafaat. Kalau masih ragu-ragu tanyelah doktor.

Wednesday, June 11, 2008

Memberi salam


Aku ingin berkongsi sedikit ilmu untuk di kongsi bersama tentang memberi salam. Memandangkan ianye amat meluas digunakan sama ade secara lisan,email,sms ataupun surat menyurat. Info ni aku dapat dari email yang aku terima dari seorang Hamba Allah. Aku modified sikit. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Pagi semlm dengar radio Ikim (106.20 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w."


Antaranya tentang bab memberi salam.:

1) Rasulullah saw memberi salam dgn lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh.

Beri salam - Assalamualaikum"
Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh

2) Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata:
"Kirim salam Assalamualaikum pada Man ye" contoh nye..
Bukannya : "Kirim salam kat Man ye"
Dan bukannya : "Kirim salam maut kat Man ye" . Ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!


3) Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa-apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

Untuk pengetahuan, perkataan 'AKUM' adalah gelaran oleh orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi, yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Kalau ada kemuskilan berjumpalah dan tanyelah kepada yg pakar dlm bidang ni....

YA ALLAH JAUHKAN KAMI SEMUA DARI FITNAH DAJJAL
SEMOGA SAMA2 KITA DAPAT KESEDARAN INSYA-ALLAH

Monday, June 9, 2008

Pulang balik tangan...

Kat bawah ni aku lampirkan satu cerita yang aku nak kongsi bersama-sama kekawan diluar sana. Di tuju khas kepada yang sudah mempunyai anak dan yang akan menimang anak. Kepada yang belum dapat anak bersabarlah dan yang masih bujang, jadikanlah cite kat bawah ni sebagai tauladan. Bace ye jangan tak baca…



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”


Tajuk: Abah bagi balik tangan Ita...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota
besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat
kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"



Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. ..
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !"

"Saya tak tahu Tuan..! "

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata
"Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.



Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.


Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.
Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.


Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.


Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik.
Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.


Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah.


Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.
Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."
katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis....

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji
tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana?
Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram.....lepaskan marah anda

Sabar



Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak pernah mengenal putus asa. Contohnya, sabar menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam dan sabar ketika menghadapi kesakitan dan berusaha mengubatinya.



Tahap kesabaran yang perlu diamalkan oleh umat Islam ialah:
i) Kesabaran dalam perjuangan seperti ketika berperang menghadapi musuh atau berjuang menjalankan dakwah Islam kepada orang ramai atau kesabaran sewaktu menuntut ilmu pengetahuan.


ii) Kesabaran menanggung musibah atau ujian penderitaan seperti Allah memberi ujian kesakitan dalam diri manusia.


iii) Kesabaran ketika ditimpa kemiskinan dalam kehidupan seperti pendapatan yang semakin berkurangan, tanggungan yang semakin ramai dan harta benda hilang dicuri orang.


iv) Kesabaran ketika Allah memberi kesenangan supaya berwaspada menggunakan kesenangan yang ada untuk dibelanjakan pada jalan yang diredai Allah.


v) Kesabaran ketika menunaikan ibadat yang diwajibkan seperti berpuasa dalam bulan Ramadan dan kesabaran meninggalkan segala amalan yang diharamkan oleh Allah seperti memfitnah dan mengumpat orang lain.




Sikap orang beriman ketika menerima ujian
Allah SWT ialah:

i) Tidak mudah berputus asa dan kecewa kerana dia menginsafi bahawa semua yang berlaku adalah daripada ketentuan Allah.



ii) Tabah menghadapi ujian Allah dengan reda dan lapang dada.


iii) Mereka sentiasa sabar menyelesaikan sesuatu masalah biarpun cara penyelesaiannya
memakan masa yang panjang.





Sikap orang yang tidak beriman ketika menerima
ujian Allah SWT ialah
:
i) Mereka akan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam ketika menyelesaikan ujian daripada Allah.



ii) Mereka cepat berputus asa dan kecewa ke atas takdir dan ketentuan Allah yang diberikan kepada mereka.


iii) Mereka terus menyalahkan takdir Allah SWT tanpa bermuhasabah ke atas perbuatan yang pernah dilakukan pada masa lalu.


Allah menurunkan pelbagai ujian kepada manusia disebabkan:
i) Bagi menentukan golongan yang benarbenar ikhlas beriman kepada Allah dan bagi memastikan golongan yang purapura beriman kepada Allah.


ii) Sebagai membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah di dalam mencipta alam ini.

Nota: Gambar-gambar di atas hanya hiasan

Wednesday, June 4, 2008

Apo nak di kato...


Tarikh penerbangan di tangguhkan....



Bengang...Geram...



Kecewa...







Tunggu lagi da...