Monday, June 9, 2008

Sabar



Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak pernah mengenal putus asa. Contohnya, sabar menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam dan sabar ketika menghadapi kesakitan dan berusaha mengubatinya.



Tahap kesabaran yang perlu diamalkan oleh umat Islam ialah:
i) Kesabaran dalam perjuangan seperti ketika berperang menghadapi musuh atau berjuang menjalankan dakwah Islam kepada orang ramai atau kesabaran sewaktu menuntut ilmu pengetahuan.


ii) Kesabaran menanggung musibah atau ujian penderitaan seperti Allah memberi ujian kesakitan dalam diri manusia.


iii) Kesabaran ketika ditimpa kemiskinan dalam kehidupan seperti pendapatan yang semakin berkurangan, tanggungan yang semakin ramai dan harta benda hilang dicuri orang.


iv) Kesabaran ketika Allah memberi kesenangan supaya berwaspada menggunakan kesenangan yang ada untuk dibelanjakan pada jalan yang diredai Allah.


v) Kesabaran ketika menunaikan ibadat yang diwajibkan seperti berpuasa dalam bulan Ramadan dan kesabaran meninggalkan segala amalan yang diharamkan oleh Allah seperti memfitnah dan mengumpat orang lain.




Sikap orang beriman ketika menerima ujian
Allah SWT ialah:

i) Tidak mudah berputus asa dan kecewa kerana dia menginsafi bahawa semua yang berlaku adalah daripada ketentuan Allah.



ii) Tabah menghadapi ujian Allah dengan reda dan lapang dada.


iii) Mereka sentiasa sabar menyelesaikan sesuatu masalah biarpun cara penyelesaiannya
memakan masa yang panjang.





Sikap orang yang tidak beriman ketika menerima
ujian Allah SWT ialah
:
i) Mereka akan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam ketika menyelesaikan ujian daripada Allah.



ii) Mereka cepat berputus asa dan kecewa ke atas takdir dan ketentuan Allah yang diberikan kepada mereka.


iii) Mereka terus menyalahkan takdir Allah SWT tanpa bermuhasabah ke atas perbuatan yang pernah dilakukan pada masa lalu.


Allah menurunkan pelbagai ujian kepada manusia disebabkan:
i) Bagi menentukan golongan yang benarbenar ikhlas beriman kepada Allah dan bagi memastikan golongan yang purapura beriman kepada Allah.


ii) Sebagai membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah di dalam mencipta alam ini.

Nota: Gambar-gambar di atas hanya hiasan

No comments: