Thursday, April 17, 2008

Heroku

Anak adalah amanah Allah kepada hambaNya. Tugas memelihara dan mendidik anak-anak
tidak boleh dipandang mudah oleh ibu dan bapa. Walaupun kedua ibu dan bapa sibuk bekerja tidak bermakna mereka boleh terlepas dari tanggungjawab mendidik. Pendidikan awal adalah ketika ibu mengandungkannya. Seeloknya para ibu mengetahui akan kebaikan membaca Al Quran dan doa-doa yang terpilih ketika mengandung.

Dan ketika mereka dilahirkan jarinya tergenggam. Maksudnya, jangan dibuka akidah Islamiah yang ada dalam diri mereka. Itulah yang Allah telah janjikan apabila seseorang insan dilahirkan. Oleh itu ibu bapa seharusnyamenyerapkan didikan bercirikan keislaman seperti adab sopan dan doa-doa amalan harian. Ajarlah anak-anak membaca doa dan memberi didikan awal yang lain kerana nasihat dan ajaran pertama itulah yang akan dipegangnya hingga dewasa.





Alhamdulillah. So far aku telah dikurniakan 2 orang anak lelaki yang comel dan sempurna akal dan fizikalnya. Perbezaan 'heroku' amat ketara dari segi fizikal dan karektor. Tapi tak kisahlah tu,yang penting kami sekeluarga bahagia. Di harap slide gambar-gambar di atas akan menjadi tontonan kami sekeluarga apabila heroku dewasa kelak. Kalau panjang umurlah. InsyaAllah.

Harapan besarku apabila heroku dewasa kelak, mereka akan menjadi insan yang soleh ,taat kepada perintahNya dan menghormati kedua ibu dan bapa. Kerana aku percaya, apabila kita mati ada 3 perkara yang akan menjadi 'bekalan' iaitu pahala amal ibadah, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.

6 comments:

msafawis said...

bila nak tambah lagiiiii,kena rajin-rajin lah nanti dah jauh susah gak

limboz said...

Aku tau sape kau...Apamacam slide show ok x. baru belajarlah masih terkial2 ni. Walau bagaimanapun thanx to ur wife's blog, pasal bagi inspirasi utuk aku buat sendiri slide show ini.

ps dah click kat icon speaker.. ok x lagu.hidayahku ye....

leman said...

haaa.... pawi kann??

msafawis said...

Leman bila naik k/terbang....ambik visa tak kena ngomel ke ngan agen lembap tu..blog aku tu aksen je x de apa2 tp my wife ada la.. any way limbo ngan leman tambah2 lah zuriat tu cepat2

leman said...

Limmm... bila nak update blog?? ceritala mcm mana kerje kat titan sekarang?? berapa banyak dah hantar stop kad... Kpi dah achieve ke belummm.... etc. Berapa adjustment dapat? kita orang pun nak tahu juga... Ahadin bila nak berangkat...?

limboz said...

Aku dah resign camne nak update pasal titan. La ni tengah tanam anggur lahh..
Ahadin tengah cuba dapatkan flight on 1st May.