Saturday, April 26, 2008

Heroku part 2



Sambungan daripada previous post..Di sini aku nak kongsi bersama pasal tips mendidik anak:

1- Kesabaran amat perlu dalam mendidik anak.
2- Ketegasan perlu terutama ketika mereka masih kecil. Bila dah dewasa karang lari dari rumah pulak.
3- Displin juga perlu terutama ketika mereka masih kecil.
4- Sebaiknya didik mereka dengan merasa kesusahan dulu, kalau dah rasa senang awal nanti dah dewasa mereka sukar nak handle kesusahan dan cabaran di masa akan datang.
5- Amalkan selalu doa-doa yang diamalkan oleh nabi-nabi terdahulu. Banyak contoh doa-doa terpilih di toko buku.
6- Tunjukkan contoh yang baik kepada anak. Contohnya bersedekah dan lain-lain, mereka pasti mencontohi kita.
7- Didiklah anak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
8- Pilihlah waktu terbaik nak didik atau nasihat anak. Masa yang sesuai:
a- Selepas sembahayang jemaah 5 waktu.
b- Selepas baca Quran kerana masa ni jiwa mereka tengah lembut dan mudah terima
ilmu serta didikan.
c- Sebelum anak tidur.
d- Semasa tidur. Cakap lah masa diorang tidur kerana masa ni roh dia dengar.
e- Selepas mandi ,sikat rambut dan pakai baju. Masa ni boleh nasihat.
f- Selepas bermain. Masa diorang dah puas bermain jadi jiwa ready untuk diisi.

Mungkin ada lagi tips yang boleh diguna pakai, ini adalah sebahagian darinya sebagai panduan untuk diri aku terutamanya.





Heroku pertama,(gambar diatas)
Adam Hakim sudah berumur 6 tahun. Sekarang masih sekolah di tadika Nuri. Lepas kelas terus pergi childcare kat Nuri gak. Lepas tu Daling akan bawak pergi mengaji kat Seri Alam,dekat dengan rumah ibu Sarimah (pengasuh Aiman).
Lepas tu balik rumah. Itulah rutin harian dia.
Adam ni pendiam dan sensitif sikit. Teacher dia kata kat sekolah dialah paling bising,betulke?...





Heroku kedua,(gambar diatas)
Aiman Hakim masih 3 tahun. Di jaga seorang pengasuh di Seri Alam. Sebelum pergi kerja, Daling akan singgah kat rumah pengasuh untuk antar Aiman. Balik kerja lepas anta Adam mengaji barulah Aiman balik.
Aiman ni aktif sikit berbanding abangnye. Kelakor pun ye gak. Alhamdulillah.





Alhamdulillah heroku dua orang ni agak kamcing, jarang bergaduh . Aku harap mereka kamcing sampai dewasa.InsyaAllah.

1 comment:

msafawis said...

rasa ilmu aku kurang lagi....panduan berguna...