Wednesday, April 9, 2008

Rezekiku


Rezeki adalah pemberian Allah swt bagi umat manusia untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Rezeki datang seiring dengan usaha, jika kuat kita bekerja dan berusaha, Insya Allah rezekinya akan melimpah, begitulah juga sebaliknya.

Oleh itu sebagai penganut beragama Islam, kita wajib memastikan punca rezeki adalah dari sumber yang halal, untuk menanggung kehidupan anak dan isteri. Supaya dikemudian hari, anak-anak dan isteri kita akan menjadi 'manusia' atau insan yang mentaati perintah Allah swt. Semoga ia akan menjadikan institusi keluarga kita, keluarga bahagia yang diberkatiNya.



Rezekiku bekeja di Titan Petchem (M) Sdn Bhd. semenjak tahun 1998 hinggalah 2008.




Sebahagian gambar Polyethylene plant tempat aku 'membanting tulang' bekerja ,tak kira malam atau siang, hujan lebat, panas terik,ribut petir, malam nan gelap gelita, tatkala orang tidur lena berselimut di ulit mimpi-mimpi indah, namun aku teruskan juga kerana...di sinilah punca rezekiku.


TPE 1 Operation plant, terletak di Pasir Gudang,Johore. Banyak perubahan berlaku di plant ini sepanjang 10 tahun bekerja, terutama sekali dari segi kebersihan. Syabas. Sesungguhnya kebersihan adalah tuntutan ajaran Islam.



Bersama-sama rakan satu shift (shift c) ,'on standby'. Terdiri gabungan barisan lama dan baru, menghasilkan satu kumpulan yang terbaik,dicemburui oleh mana-mana 3 kumpulan yang lain.

Kalau tak percaya, boleh tanya Operation Manager. Gurau aje. Kalau nak tahu, orang baru kat sinipun dah 10 tahun bekerja .

2 comments:

leman said...

Macam pernah tengok la tempat ni.... kat mana ye??

limboz said...

Kau yang pakai topilah tu.... Dah tua kau ni man...pelupa nasib baik belum nyanyuk.